Friday, 15 July 2011

Gagal hadapi tekanan : bunuh diri?

Antara kes-kes bunuh diri :
  • Bekas presiden korea selatan, Roh Moo-hyun yang dikaitkan dengan kes rasuah, terjun dari bukit berdekatan rumahnya. Beliau meninggalkan nota tentang niatnya mahu membunuh diri kerana tidak mahu menjadi beban kepada keluarga.
  • Pemimpin Nazi Jeman, Adolf Hitler mengambil jalan singkat dengan cara menembak mulut untuk mengelak dari ditangkap oleh tentera Soviet.
Ni baru skit contoh orang yg berprofil tnggi membunuh diri. Belum org biasa.

Kenapa bunuh diri?

Bunuh diri di kalangan yang waras biasanya bertujuan melarikan diri daripada masalah yang ditanggung. Justeru tindakan sedemikian, mereka tidak perlu lagi memikirkan penyelesaian da berhadapan dengan perasaan malu berikutan masalah tersebut.”
-         Pakar Psikiatri Hospital Gleaneagles KL, Dr. Nor Hamidah.-

Cara hadapi tekanan :

·          Dekatkan Diri Dengan Agama - Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Pimpin diri dan keluarga merenung kehidupan bersama Tuhan. Apa jenis agamapun, bawalah keluarga bersembahyang, berdoa, contohnya semasa makan, sebelum tidur. Apabila bersusah hati, bergembira, ingat bahawa Tuhan sentiasa dengar rintihan Hamba-Nya.
·          Pilih Untuk Gembira - mulakan belajar tentang kemahiran menguruskan diri, berinteraksi dengan baik dan positif terhadap sekeliling supaya kita sentiasa terbuka dan gembira.
·          Sentiasa Bersyukur – Tidak ada kesudahannya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya cara kekuatan untuk menjayakan diri.
·          Menjadi Pemaaf – Berfikiran negatif, memendam rasa, seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.
·          Lawan Pemikiran Negatif – Kenalpasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tempis pemikiran ini dan cari cara sifat positif disebaliknya.
·          Tambah Sahabat – Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar berpendapat, hidup keseorangan akan menambahkan tekanan dan kemurungan.
·          Kongsi Masalah/Kegembiraan Kepada Keluarga – Pada yang telah berumahtangga, utamakan suami/isteri. Berbincang dan berkongsilah masalah, kegembiraan kepada pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkhawinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.
·          Lemparkan Senyuman – Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.
·          Berbuat Baik – Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima gembira.
·          Gembira Jauhi Penyakit – Percaya atau tidak, tekanan yang boleh meransang kepada penyakit akan boleh diubati dengan kegembiraan. Individu yang happy go lucky akan mempercepatkan penyembuhan.
·          Sertai Aktiviti – Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manafaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan sukarelawan.
·          Bukan Mengenai Wang – Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.
·          Berilah Pujian – Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga terutama pasangan, anak dan rakan-rakan. Juga berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik. Jangan hanya berharap pujian oleh orang lain.
·          Terima Dugaan – Belajar terima setiap dugaan yang datang dengan hati terbuka. Ianya membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.
·          Kerendahan Hati – Jangan terlalu ego kepada diri dan orang sekeliling. Belajar merendahkan hati dan diri. Elakkan perkataan-perkataan, bahasa-bahasa yang menyinggungkan perasaan orang. Luahkan kata-kata dengan penuh kerendahan hati. Cara ini boleh membantu menenangkan kita.
·          Bersenam – Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan, kerana ianya mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.
·          Elakkan Berhutang – Elakkan diri kita berhutang. Elakkan memegang Kad kredit. Ianya memang baik tetapi tidak membantu kerana penggunaan kad kredit hanya memberi tekanan kepada anda setelah digunakan dan hanya berfikir untuk membayar hutang.
·          Menerima Diri Seadanya – Terimalah diri seadanya dengan tenang. Kemampuan ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan.



So, take this advise, and don’t stresss2…..
Senyum…x perlu kata apa2…..muehehehehehehe……
Take care peeps…..:)









2 comments:

  1. berfikiran waras sebelum membuat apa2 keputusan... kita org Islam pun da tau HARAM bunuh diri kan... so jgn la buat...

    ReplyDelete
  2. bunuh dri x masuk syurga woo..

    da betul la tu sume points2 tersebut. :) akal yg sihat dan waras akn dipancarkn melalui tingkahlaku kita.

    ReplyDelete